setiap hari kita berdosa???



Assalamualaikum




Tahukah anda bahasanya setiap hari kita akan selalu melakukan dosa? disini aku Dr soon to be Taufiq Khamsah akan mmberi sdikit motivasi dan sedikit ceramah tentang tajuk ini.( panjang weyh harap maklum.haha) aku akan kupas sedikit demi sedikit lame2 jd bukit psl tajuk ini. kenape aku ckp psl setiap hari kita berdosa. pasai ape biar ceq habaq kt hangpa. ni sbb sala satu dosa yg kita salu wat ialah zina mata!

siap bold 2.haha. tp mmg 2 yg kita salu wat skang ni. hal ni mmg da berleluasa da skng. akibat suratkhabar, majalah2 hiburan, media massa dan sebagainya. hadoii..ape kene mengene dgn tajuk? sbb die ialah kita kan bole melihat. tiap2 ari tgk artis ni joget2 gelek2 lompat2 cam monyet ta ke zina mate 2. setiap ari tgk aurat lelaki atau aurat perempuan kt facebook 2 ta ke zina mate 2. yg kt wallpaper nset korg yg ltk gmbr pkwe makwe korg 2 ta ke zina mate 2.ad mengerti?hak3 okay2..meh sini ak kongsi skit psl artikel ni. sharing is caring kan? heeee

*artikel ni ak translate dpd indon ke malaysia.. dimane2 ad sala tutur katanya sila maafkan. =)

Mata yang merupakan anugerah Allah Azza Wa Jalla, boleh mendatangkan kemuliaan, tetapi juga boleh mendatangkan laknat yang membinasakan. Mata yang selalu melihat fenomena kehidupan alam dan seisinya, dan kemudian menimbulkan rasa syukur kepada sang Pencipta, selanjutnya akan mendatangkan kemuliaan dan kebahagiaan di sisi-Nya. Sebaliknya, mata yang merupakan anugerah yang paling berharga itu, boleh mendatangkan laknat yang membinasakan bagi manusia, bila ia menggunakan matanya untuk berbuat khianat terhadap Rabbnya.

Di dalam Islam ada jenis maksiat yang disebut dengan 'zina mata' (lahadhat). Lahadhat itu, pandangan kepada hal-hal, yang menuju kemaksiatan. Lahadhat bukan hanya sekadar memandang, tetapi diikuti dengan pandangan selanjutnya.Pandangan mata adalah sumber itijah (orientasi) kemuliaan, juga sekaligus duta nafsu syahwat. Seseorang yang menjaga pandangan bererti ia menjaga kemaluan. Sesiapa yang mengumbar pandangannya, maka manusia itu akan masuk kepada hal-hal yang membinasakannya.

Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, pernah menasihati Ali:

" Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi yang kedua bukan " .

Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda:

" Pandangan adalah panah beracun dari anak panah-pandah Iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik kerana Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman hingga ke hari kiamat ".

Sarah hadist itu, tak lain, seperti di jelaskan oleh Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam:

" Tundukkan pandangan kamu dan jagalah kemaluan kamu " .Juga Sabda Baginda: " Jauhilah oleh kamu duduk di pinggir jalan ". Para Sahabat berkata: " Pinggir jalan itu adalah tempat duduk kami, kami tidak boleh meninggalkan " . Baginda bersabda: " Jika kamu harus duduk di jalan, maka berikanlah haknya ". Mereka berkata: " Menundukkan pandangan, dan menahan diri untuk tak menganggu, baik dengan perkataan atau perbuatan, dan menjawab salam ".

Melihat adalah sumber dari segala bencana yang menimpa diri manusia. Melihat melahirkan lamunan atau khayalan, dan khayalan melahirkan pemikiran, fikiran melahirkan syahwat, dan syahwat melahirkan kemahuan, kemahuan itu lantas menguat, kemudian menjadi tekat kuat dan terjadi apa yang selagi tidak ada yang menghalangnya. Dalam hal ini ada hikmah yang mengatakan:

" Menahan pandangan lebih ringan dari pada bersabar atas kesakitan (siksa) setelah itu ".

Seorang penyair Arab bertutur,

"Semua bencana itu berpunca dari pandangan,
Seperti api besar itu berpunca dari percikan bunga api,
Betapa banyak pandangan yang menancap dalam hati seseorang,
Seperti panah yang terlepas dari busurnya,
Berasal dari sumber matalah semua marabahaya,
mudah beban melakukannya, dilihat pun tak berbahaya,
tapi, jangan ucapkan selamat datang kepada kesenangan sesaat yang kembali dengan membawa bencana ".

Bahaya memandang yang haram adalah timbulnya penderitaan dalam diri seseorang. Karena tak mampu menahan gejolak jiwanya yang diterpa nafsu. Akibat selanjutnya adalah seorang hamba akan melihat sesuatu yang tidak akan tahan dilihatnya. Ini adalah sesuatu yang menyeksa, yang paling pedih, jangankan melihat semuanya, melihat sebahagian saja tak akan mampu menahan gejolak jiwanya.

Seorang penyair berkata,

"Bila saja engkau melemparkan pandanganmu dari hatimu,
Suatu hari engkau akan merasakan penderitaan, kerana melihat akibat-akibatnya,
Anda akan melihat azab yang kamu tidak mampu melihat keseluruhannya,
Dan kamu tiak akan bersabar melihat sebahagiannya saja ".

Penyair lain berkata,

"Wahai manusia yang melihat yang haram, tidakkah pandangannya dilepaskan,
Sehingga ia jatuh mati menjadi mangsa ".

Pandangan seseorang adalah panah yang berbisa. Namun, yang sangat menghairankan, belum sampai panah itu mengenai apa yang ia lihat, anak panah itu telah mengenai hati orang yang melihat.

Seorang penyair berkata,

" Wahai orang yang melemparkan panah pandangan dengan serius, kamu sudah terbunuh, kerana yang kau panah, padahal panahmu tidak mengenai sasarannya ".

Tentu, yang lebih menghairankan lagi, bahawa dengan sekali pandangan, hati akan terluka dan akan menimbulkan luka demi luka lagi dalam hati. Sakit itu tidak akan hilang selamanya, dan ada keinginan mengulang kembali pandangannya. Ini mesej yang disampaikan dalam bait-bait syair ini,

" Terus-menerus anda melihat dan melihat,
Setiap yang cantik-cantik,
Anda mengira bahawa itu adalah ubat bagi lukamu,
Padahal sebenarnya itu melukai luka yang sedia ada ".

Sebuah hikmah yang mengatakan , "Sesungguhnya menahan pandangan-pandangan kepada yang haram lebih ringan daripada menahan penderitaan yang akan ditimbulkan terus menerus".

Jagalah matamu, dan jangan engkau kotori setitik debu dosa, yang akan membawa dirimu kepada kebinasaan, kerana pengkhianatan kepada Allah Azza Wa Jalla. Matamu adalah anugerah agar mengenal-Nya, dan kemudian beribadah kepada-Nya, menggapai redha-Nya. Jangan dengan matamu itu, engkau campakkan dirimu ke dalam nafsu derhaka, yang membinasakan.

Betapa banyak manusia yang mulia, berakhir dengan nestapa dan hina, kerana tidak dapat mengedalikan matanya. Matanya tidak dapat lagi menyebabkan seseorang menjadi bersyukur atas anugerah nikmat, yang tak terbatas, yang tak terhingga, bagaikan sinar matahari, yang selalu menerangi alam kehidupannya.

Tetapi, kerana matanya yang sudah penuh dengan hamparan nafsu itu, hidup menjadi penuh dengan gulita, yang mengarahkan seluruh kehidupannya hanya diisi dengan segala pengkhianatan terhadap Rabbnya.

info tambahan :

hal ini orang sering wat lawak. so sile amek perhatian. ni lak zina mata yg bole mmbawa dose2 kecil.
hal ini ialah apabila kita TERnampak sesuatu yg tidak sepatutnya kita lihat. pada pndangan pertama adalah REZEKI. pada pndangan kdua still dimaafkan dan pada pndangan2 seterusnya adalah DOSA kecil. so harap maklum ye. da sekali bg 2 syukur2 jelah. ta perlulah na mengade ngade pndg 4 5 kali. kalu ak nmpk korg wat cmtu ak bg tapak ats muke korg 2. haha xP


okay. da abes bace.setel keje ak smpaikan info ini.heee xD


sbnrnyekan. ni sume sala teknologi maklumat zaman skng ni. hadoiii. dgn adnye internet sume bnde bole tgk. patu kerajaan block. bgus. tp dkt tv lak kerajaan yg bg tayang. ape lar na jd ni. sayu je den tgk ye. mmg ta smpai gak matlamat kalu dorg siar kt tv. puihh.. n pling sedeh ak tgk JAKIM lar contohnye ta tade kuasa na sekat sume2 ni. ni ape lar na jd kan.


bkn na salakan sesape tp kalu bole elak ler buat zina mate nie. ni da makin berleluasa da ak tgk. dose 2 weyh dose. okaylar. ak da mls na berceloteh pnjg2. artikel ak 2 un da ckp pnjg. korg yg bace ta sedar2 ag mmg ak kirim salam sayang je kt korg dgn lafaz TAHNIAH LER!

HAH! sblom ak trlupe. org yg tgk dan puji2 org korea hot comel da mcm2 2 un zina mate 2.hehe xD

till then, assalamualaikum. peace, no heart feeling. C=


aurat dorg ak da kaver.jgn rsaw.

* yang ni korang tana layan lak kan? famous kot. tp tgk tetap dpt dose. ni mate un bole berdarah weyh kalu tgk.
**eh. sila sokong artis tempatan okay. xD

2 l'amour:

fadhilothman said...

sedar pown!!! =))

Perenung Bulan said...

kau yg salu wat fadhil..mengate diri sndiri nmpk...boo~~~ xP

Post a Comment

 

© Copyright perenungbulan . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates