jamahan hati


tanpa sebab dan alasan
aku tidak mengerti
mengapa semua ini berlaku terhadap diriku
setiap hari
setiap masa dan ketika
diri ini amat lemah
sentiasa memikirkan tentang suatu harapan yang hanya
membuatkan diri ini sentiasa berada dalam dilemma
haruskahku meneruskan dengan niat yang terpendam
apakahku harus terus melayan perasaan ini
apakahku tidak sedar
bahawasanya cintaku ini hanyalah bertepuk sebelah tangan
tidak diingini
sesungguhnya ku tidak mampu
memberikan alasan yang kukuh
untuk menidakkan perasaan ini terhadap dirimu
aku telah cuba melupakan perasaanku terhadap dirimu
akan tetapi usahaku telah gagal
disulami oleh senyuman manis yang senantiasa terukir dibibirmu
ku cair
ku lemah
dengan tutur katamu
manis senyumanmu
personamu
...
susah untuk menuturkan apa yang yang terbuku jauh di lubuk hati ini
keliru
dengan apa yang tengah dirasai
apakah hanya cinta pandang pertama
cinta kerana terpikat dengan kemanisan wajahmu
ataupun cinta kerana Allah

<3 anatomy <3

0 l'amour:

Post a Comment

 

© Copyright perenungbulan . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates