surat den mntak attachment -.-'

Muhammad Taufiq Fiqri bin Abu Hanipah
36, Lorong IM 6/9,
Indera Mahkota 6,
25200 Kuantan, Pahang,
MALAYSIA                                                                                                     12 Julai 2011

Jabatan Sumber Manusia,
Kuantan Medical Centre,
No 1, Jalan Tun Ismail 9,
25000 Kuantan, Pahang.
Tuan/Puan,
Permohonan Penempatan Untuk Latihan Praktikal 2 Minggu
Saya yang bernama seperti di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar memberi peluang kepada saya mengikuti program latihan praktikal di hospital tuan/puan selama 2 minggu. Sekarang saya sedang bercuti sehingga 31 Ogos 2011.
2. Untuk maklumat tuan/puan, saya merupakan pelajar jurusan Perubatan di Universiti Mansoura, Mansoura, Mesir. Saya kini baru menamatkan pengajian tahun satu dan akan meneruskan pengajian di tahun dua.
3. Sehubungan dengan perkara di atas, saya ingin melakukan sesi penempatan ini selama 14 hari bersamaan dua minggu. Saya bersedia untuk berlatih di mana-mana jabatan yang ditawarkan.
4. Dengan ini, saya amat mengharapkan jasa baik tuan/puan supaya saya boleh mendapatkan penempatan ini. Latihan praktikal ini dapat memantapkan lagi pengetahuan saya dengan apa yang saya pelajari dalam kuliyah.
5.Kerjasama dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
...........................................
Muhammad Taufiq Fiqri bin Abu Hanipah
Pelajar Tahun Satu Perubatan
Universiti Mansoura, Mesir.

4 l'amour:

fadhilothman said...

diorang dah reply ke??

*semangat ek kao!!* hehe

Perenung Bulan said...

die mnx resume.tros ta jd sbb mls na taip resume.sobs3. :'(

fadhilothman said...

ek eleh,,, time kat skolah tkkan tk pnah buat resume!!?? =((

Perenung Bulan said...

pena tp mls. xP

Post a Comment

 

© Copyright perenungbulan . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates