hukum memakai stokin lengan

Assalamualaikum


kenape tiba2 saye na berbncang psl stokin lengan aka hand socks kali? hal ini kerana salah seorang kawan saye telah bertanyakan tentang permasalahan ini kpd saye selepas mmbace entry saye yg sblom ini tntg syarat2 meng-usha pengarang blog ini (ignore name entry 2). sbb salah satu syrt ialah mnjage aurat dgn smpurna n saye menekankan tentang pemakaian stokin lengan tidak menutup aurat.


baiklah. biar saye mmberitahu mengapa stokin lengan ini tidak menutup aurat. diantara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut tidak ketat sehingga nampak bentuk tubuh badannya. Oleh itu jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai stokin lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. ini adalah kerana bentuk aurat iaitu tangannya masih kelihatan melainkan stokin lengan yang dipakai itu longgar dan tidak kelihatan bentuk lengannya. Adapun jika wanita tersebut memakai baju lengan panjang dan memakai pula sarung lengan maka apabila ia mengangkat tangannya sebab mengambil barang yang tinggi tempatnya lalu kelihatan lengannya yang memakai sarung itu hukumnya dimaaf pada syarak. 


Dengan penjelasan yg telah saye berikan sudah trjawab mengapa stokin lengan itu tidak menutup aurat. tidak susa hendak menutup aurat. ta perlu susa2 na cari stokin lengan. pkai je baju berlengan pnjg mahupun pkai sahaje baju kurung. berbaju kurung nmpk sgt ayu tidak kire dimane2 sahaje. kalu na jgak pkai baju berlengan pendek, silalah mencari stokin lengan yg besar ataupun jenis yg mmg khas direka longgar. sesungguhnya menjaga aurat 2 suatu kemestian bg setiap umat Islam. 


Sabda Rasulullah s.a.w. :
Akan datang umatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan Sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan.” (sahih Bukhari)



Semoga entry ini dpt memberi manafaat kepada pembaca2 blog ini ye. xD


*insyallah selepas ini pengarang akan tulis tentang mksd sebenar di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. nantikan. =)


di lain entry , assalamualaikum. 



3 l'amour:

mahirah manan said...

nice..~
skrg byk baju kena pakai handsock..tp kalu nk pakai handsock..xperlu pakai ketat2..xpon pakai cardigan.. :)

Perenung Bulan said...

btol 2 mae. xD

Anonymous said...

sekarang kan da ada handsock yg longgar2.. cntik2 lagi. :)

Post a Comment

 

© Copyright perenungbulan . All Rights Reserved.

Designed by TemplateWorld and sponsored by SmashingMagazine

Blogger Template created by Deluxe Templates